Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘kebangkitan semula Jesus’

Muat turun PDF Bab 4

Ramai penganut Kristian mendakwa bahawa pembatalan semua undang-undang Musa selepas pemergian Jesus (a.s.) yang beliau sendiri amalkan dengan patuh sepanjang hayatnya adalah patut kerana mereka dalam “tempoh” dan sedang menunggu kedatangan kedua Jesus (a.s.) yang akan tiba bila-bila masa sekarang dan akan menubuhkan kerajaan Tuhan yang agung dan berkuasa.

Saya tidak akan berhujah mengenai isu tempoh dan sama ada Jesus (a.s.) sendiri pernah mengajarkan konsep ini, sebaliknya saya akan mengemukakan ayat-ayat berikut mengenai BILA kedatangan kedua Jesus sepatutnya berlaku. Ayat-ayat ini dengan sendirinya jelas, tetapi ini tidak menghalang sesetengah golongan daripada mereka makna-makna abstrak bagi ayat-ayat ini.

Tidak lama selepas kesusahan masa itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya. Bintang-bintang akan jatuh dari langit, dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya. Kemudian tanda Anak Manusia akan kelihatan di langit. Pada masa itu semua bangsa di bumi akan menangis, ketika melihat Anak Manusia datang di awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang besar.

Trompet akan dibunyikan dengan kuat dan Anak Manusia akan mengutus malaikat-malaikatNya ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihan Allah dari hujung bumi ke hujung bumi.

Biarlah pokok ara memberi pelajaran kepada kamu. Apabila dahan-dahannya hijau, lembut dan mula bertunas, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. Demikian juga apabila kamu melihat semua perkara ini, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat dan segera akan bermula. Ingatlah! Semua perkara ini akan berlaku sebelum GENERASI ini mati semuanya…”

Matius 24:29-34

Berapa banyak generasi telah berlalu semenjak itu?

Berjaga-jagalah! Semua perkara itu aku katakan kepadamu sebelum berlaku. Selepas masa kesusahan itu matahari menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya. Bintang-bintang akan jatuh dari langit dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya. Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kuasa besar dan kemuliaan.

Dia akan mengutus malaikat-malaikat ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihanNya dari hujung bumi ke hujung bumi.

Biarlah pokok ara memberi pelajaran kepada kamu. Apabila dahan-dahannya hijau, lembut dan mula bertunas, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. Demikian juga apabila kamu melihat perkara-perkara ini sudah berlaku, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat dan segera akan bermula. Ingatlah! Semua perkara ini akan berlaku sebelum GENERASI ini mati semuanya…”

Markus 13:23-30

Berapa banyak generasi telah berlalu sekarang?

Tiap-tiap orang akan membencimu kerana kamu pengikutku. Tetapi sesiapa bertahan hingga akhir akan diselamatkan. Apabila kamu dianiaya di satu bandar, larilah ke bandar lain. Ketahuilah bahawa Anak Manusia akan datang sebelum kamu dapat menyampaikan ajaranku DI SEMUA BANDAR DI ISRAEL.

Matius 10:22-23

Mereka bukan sahaja telah pergi ke semua bandar-bandar Israel, tetapi telah berselerak di serata bumi dan kita masih menunggu.

Anak Manusia sudah hampir tiba bersama-sama malaikatnya dengan kemuliaan bapaNya. Pada masa itu dia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya. Ketahuilah! BEBERAPA ORANG DI SINI tidak akan meninggal sebelum melihat Anak Manusia datang sebagai Raja.

Matius 16:27-28

Adakah sesiapa di antara mereka yang berdiri di sana yang masih hidup ke hari ini? Bukankah ini satu lagi bukti kecenderungan manusia mengatakan Jesus (a.s.) mengucapkan sesuatu yang tidak pernah beliau ucapkan? (Juga lihat Wahyu 3:11, Wahyu 22:10, Yakobus 5:8, 1 Tesalonika 4:15-17

Merujuk kepada ayat Markus, Tom Harpur berkata:

Bagaimanapun, kelihatannya beliau (Jesus) menjangkakan pergolakan ini akan berlaku segera — malah semasa hayat sesetengah pengikut-pengikutnya.

For Christ’s Sake“, m.s. 37

Pada mulanya, masyarakat Kristian menanti kemunculan semula Jesus yang pasti. Kita dimaklumkan bahawa pada abad pertama Masihi, masyarakat Kristian menanti kepulangan Kristus dalam keagungan dan menubuhkan Kerajaan. Harapan ini dibawa ke abad kedua. Apabila ia tidak berlaku pada abad kedua, gereja menyusun dirinya sebagai institusi tetap di bawah pimpinan biskop-biskop.

Pun begitu, ini tidak menghalang ramalan-ramalan mengenai “kedatangan kedua”. Beberapa mazhab Kristian terus mengajarkan kemunculan kedua yang pasti ini adalah Seventh-Day Adventists, Christadelphians, Jehovah’s Witness dan Plymouth Brethren. Sebagai contoh, Seventh-Day Adventists percaya bahawa kedatangan kedua Kristus telah hampir. Mereka diajar hal ini oleh William Miller (1782-1849).

Berdasarkan kajiannya ke atas buku Danial dan buku Wahyu, Miller meramalkan 21hb. Mac 1884 adalah tarikh bila mana Kristus akan kembali ke bumi. Apabila hari ini tiba dan berlalu tanpa kemunculan Kristus, Miller menukarkan ramalannya kepada 22hb. Oktober, 1844. Tiada keraguan kali ini.

Pada 22hb. Oktober, 1884, Kristus pasti akan kembali ke bumi dan bumi akan dibersihkan oleh api sehingga ke alaf baru (pemerintahan yang benar dan kedamaian selama 1000 tahun sebelum Hari Pengadilan). Apabila tarikh tersebut berlalu tanpa apa-apa berlaku, ramai mengikut meninggalkannya.

Saki-baki pengikut-pengikut Miller terus menyokongnya walaupun kedua-dua ramalannya tidak menjadi kenyataan. Yang terpenting di antara mereka adalah Seventh-Day Adventists dan Advent Christian Chruch. Pemimpin Seventh-Day Adventists yang paling terkenal adalah Ellen G. White (1827-1915) yang menukarkan penekanan mereka kepada reformasi kesihatan. Sehingga hari ini, bilangan pengikutnya dipercayai melebihi 800,000.

Umat Islam juga percaya akan kemunculan kedua Jesus (a.s.). Bagaimana pun, mereka dimaklumkan bahawa Jesus (a.s.) tidak dibiarkan oleh Tuhan kepada kaum Yahudi untuk dibunuh, sebaliknya beliau diangkat ke langit oleh Tuhan dan kelihatan kepada mereka yang hadir seolah-olah beliau telah disalib (hawari Jesus, Barnabas, memberitahu kita bahawa Judas si pengkhianat yang telah dibawa untuk disalib).

Umat Islam juga dimaklumkan bahawa beliau tidak akan kembali ke bumi sehinggalah hari akhirat telah hampir, dan bukannya semasa hayat generasinya seperti yang dinyatakan di atas.

Read Full Post »